Profil Sekolah

NADI PENGGERAK

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA 2013



Pengetua
Puan Ranjithamalar a/p ARN Lingam




Penolong Kanan
Puan Azimah bt Muhammad
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Azriza bt Aziz

Penolong Kanan HEM
Puan Hamidah bt Parmin
Penolong Kanan Petang
Puan Rosida bt Sallehuddin
-----------------------------------------------------------
Sejarah Sekolah


   SMK Seksyen 4 Kota Damansara dibuka oleh  Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM iaitu Pn.Noriyati bt Ismail dan En.Husain bin Ayob pada 9 Jun 2003.Pada tarikh yang sama majlis suai kenal yang ringkas diadakan bagi pendaftaran kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.Mereka merupakan pelajar-pelajar yang sebelumnya bersekolah di SMK Seksyen 10 Kota Damansara,SMK Taman Medan dan SMK Taman Dato’ Harun yang berjumlah 62 orang semuanya.           

   Pengurusan pentadbiran berjalan lebih lancar apabila Pengetua, Encik K. Sivanesen melapor diri pada 25 September 2003. Pn. Zurina bt Atan melengkapkan jumlah pentadbir apabila beliau melapor diri sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada 1 Oktober 2003.Sehingga hujung tahun 2003,jumlah tenaga pengajar adalah 15 orang,anggota kumpulan sokongan  (AKS) seramai 5 orang dan pelajar-pelajar berjumlah 124 orang.


   Pada 16 September 2006, En. K Sivanesen telah bersara wajib. Jawatan Pengetua didisi oleh Pn. P. Vasuthevan pada 1 November 2006. Sungguhpun demikian, usia perkhidmatan beliau tidak lama di sini setelah beliau mendapat arahan untuk bertugas di sekolah lama beliau bagi menggantikan Pengetua yang bersara pada 1 April 2007. Pada tahun yang sama, SMK Seksyen 4 Kota Damansara telah menerima Pengetua yang ketiga iaitu Pn. Hajah Salehah bt. Mohd. Amin.


   Setelah menjangkau usia 4 tahun pada tahun 2007, jumlah pelajar pada hujung tahun ialah seramai 1607 orang, guru seramai 87 orang dan AKS seramai 12 orang. Pertambahan pelajar secara mendadak menyebabkan sekolah beroperasi secara dua sesi dengan Pn. Mariyamah bt. Ali Osman dilantik sebagai Penyelia Petang.


   Pada tahun 2008, setelah Pn.Mariyamah bt. Ali Osman dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Seksyen 18 Shah Alam, Pn. Aliah bt. Ngah Tasir telah dilantik menggantikan tempat beliau dengan jawatan Penolong Kanan Petang. Jumlah pelajar turut bertambah ke angka 1776 pada hujung tahun 2008. Staf akademik turut bertambah iaitu 104 orang guru terlatih dan kekurangan guru telah ditampung oleh 5 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menjadikan jumlah staf akademik keseluruhan seramai 109 orang. AKS berkurangan menjadi 11 orang sahaja.

Dari segi pembangunan fizikal sekolah, Pn. Hajah Salehah bt. Mohd. Amin, selaku Pengetua telah Berjaya mendapatkan sumbangan kewangan daripada beberapa pihak dan dengan kerjasama PIBG, pagar berbatu telah dibina bagi menggantikan pagar berdawai. Pentas terbuka di Dataran Harmoni turut dibina untuk kemudahan semua warga sekolah.

   Dari segi akademik, pencapaian di peringkat menengah rendah masih lagi sederhana manakala diperingkat menengah atas, keputusan 85.5% dalam SPM 2006 bagi kohort yang pertama adalah membanggakan. Peningkatan terus dicapai dengan keputusan 91.2% bagi kohort kedua dalam SPM 2007. Sekolah ini juga boleh berbangga dengan pencapaian dalam bidang kokurikulum. Kejayaan pasukan ragbi, bola sepak dan taekwondo dalam banyak pertandingan, telah mengharumkan nama sekolah. Semoga SMK Seksyen 4 Kota Damansara akan terus mencatatkan sejarah manis dan seterusnya Berjaya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.


Moto Sekolah

" Berilmu Bersusila " 


Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara "


Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera "


Lencana Sekolah


Lencana sekolah ini merupakan idea bersama sebelas orang guru yang mula-mula mengajar pada masa sekolah bari dibuka. Lakaran dasar lencana sekolah dihasilkan oleh Encik Abdullah bin Shahdan, seorang arkitek dan suami kepada Pn. Baini Md. Ghani (guru di sekolah ini). Lakaran asal lencana ini kemudiannya dimurnikan dan diubah suai oleh guru-guru dan pengetua sekolah, En. K. Sivanensan. Setiap elemen yang tertera pada lencana mempunyai pengertian yang tertentu.



Berilmu Bersusila
Moto sekolah yang menggambarkan warga sekolah yang mempunyai ilmu pengetahuan dan 
mempertahankan adab kesopanan serta mementingkan disiplin diri


Obor
Semangat, azam dan tekad yang tidak pernah padam


Lambang  Teknologi
Kemajuan dalam bidang Sains, Teknologi dan ICT


Permata Berlian         
Pelajar-pelajar yang disayangi yang akan menjadi aset kepada negara


Buku Terbuka
Pendidikan sepanjang hayat merupakan ilmu pengetahuan yang amat bernilai


Rebung       
Pelajar-pelajar yang dididik sejak usia muda yang akan menjadi generasi yang cemerlang


Padi              
Warga yang berketrampilan dan hidup dalam negara yang aman dan makmur


Pengertian Warna
Kuning - melambangkan kedaulatan sistem Raja Berperlembagaan
Hijau    - melambangkan kedamaian, ketenangan dan mesra alam
Merah  - melambangkan nilai keberanian, kreatif, inovatif dan kecekalan dalam menghadapi
                cabaran dan rintangan
Putih    - melambangkan kesucian dan keikhlasan hati
Hitam  - melambangkan kegagahan untuk mencipta kemenangan dan kejayaan

Bendera Sekolah

Bendera sekolah pula mengandungi tiga warna sebagai latar belakangnya.  Warna hijau dipilih kerana warna ini merupakan warna rasmi sekolah.  Warna merah dan kuning dipilih sempena warna bendera negeri Selangor. Warna-warna yang terdapat pada bendera sekolah mempunyai maksud yang sama seperti warna-warna yang terdapat pada lencana sekolah. 

 

Lagu Sekolah

   Lagu sekolah diberi judul Berilmu Bersusila sempena moto sekolah. Lagu sekolah ini dicipta oleh En. Bakhtiar bin Mohd. Salleh. Beliau  merupakan sahabat kepada Pn. Norizi Abd. Aziz (bekas kaunselor sekolah) dan pernah bertugas sebagai pensyarah muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur. Kini beliau bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala liriknya pula dihasilkan oleh Penolong Kanan  Pn. Noriyati bt Ismail. 
      
   Lirik lagu sekolah menggambarkan harapan semua pihak agar para pelajar sekolah ini menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.  Perpaduan antara warga sekolah amat penting dalam memacu kecemerlangan sekolah dalam segenap bidang.

LAGU SEKOLAH
(Berilmu Bersusila)


BERILMU BERSUSILA
Kita bersama berpadu tenaga
Murid dan guru seia sekata
Amalan murni itulah budaya
Amanah, berhemah sentiasa di jiwa
( Korus)
SMK Seksyen 4  Kota Damansara
Menjadi tunggak wawasan negara
SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Pewaris bangsa dipandang mulia
 Sahsiah dijunjung ilmu dijulang
Warga disanjung, sekolah terbilang
Azam dan tekad, penyuluh semangat
Usaha gigih, mendapat berkat
(Ulang korus)
      Ciptaan: En. Bakhtiar bin Mohd.Salleh
      Lirik: Pn. Noriyati bt Ismail


---------------------------------------------------------------------------------------------


 MANTAN PENGETUA SMKS4KD 2003-2012
EN K. SIVANESEN (2003– 2006)

 
PN P.VASUTHEVAN  (2006– 2007)

PN HJH SALEHAH BINTI MOHD AMIN (2007– 2010)




No comments:

Post a Comment

Kesabaran Adalah Ubat Terbaik daripada Segala Kesulitan