Lencana Sekolah


Lencana Sekolah ini merupakan idea bersama 11 orang guru yang mula-mula mengajar pada masa sekolah hari dibuka. Lakaran dasar lencana sekolah ini dihasilkan oleh En. Abdullah bin Shahdan yang mana merupakan seorang arkitek dan suami kepada Pn. Baini Md. Ghani (Guru SMK Seksyen 4 Kota Damansara). Lakaran asal lencana ini kemudiannya dimurnikan dan diubahsuai oleh guru-guru dan pengetua sekolah iaitu En. K. Sivanensan. Setiap elemen yang tertera pada lencana mempunyai pengertian yang tertentu. 

Berilmu Bersusila
Moto sekolah yang menggambarkan warga sekolah yang mempunyai ilmu pengetahuan dan mempertahankan adab kesopanan serta mementingkan disiplin diri.

Obor
Semangat, azam dan tekad yang tidak pernah padam.

Lambang Teknologi
Kemajuan dalam bidang Sains, Teknologi dan ICT.

Permata Berlian
Pelajar-pelajar yang disayangi yang akan menjadi aset kepada negara.

Buku Terbuka
Pendidikan sepanjang hayat merupakan ilmu pengetahuan yang amat bernilai.

Rebung
Pelajar-pelajar yang dididik sejak usia muda yang akan menjadi generasi yang cemerlang

Padi
Warga yang berketrampilan dan hidup dalam negara yang aman dan makmur.

 


Bendera Sekolah

 

Bendara Sekolah pula mengandungi 3 warna sebagai latar belakangnya. Warna hijau dipilih kerana warna ini merupakan warna rasmi sekolah. Warna merah dan kuning dipilih sempena warna bendera negeri Selangor. Warna -warna yang terdapat pada bendera sekolah mempunyai maksud yang sama seperti warna-warna yang terdapat pada lencana sekolah.

 


Pengertian Warna      
Kuning   -    Melambangkan kedaulatan sistem Raja Berperlembagaan
Hijau       -    Melambangkan kedamaian, ketenangan dan mesra alam
Merah     -    Melambangkan nilai keberanian, kreatif, inovatif dan kecekalan dalam 
                     menghadapi cabaran dan rintangan
Putih       -    Melambangkan kesucian dan keikhlasan hati
Hitam     -    Melambangkan kegagahan untuk mencipta kemenangan dan kejayaan

No comments:

Post a Comment

Kesabaran Adalah Ubat Terbaik daripada Segala Kesulitan