PIBG


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA

       PIBG sekolah ini ditubuhkan pada 1 November tahun 2003.  Pada awal penubuhannya PIBG diketuai oleh  En. Baharudin bin Mohd. Yatim sebagai Yang Dipertua (YDP) yang pertama selama dua tahun (2003-2005).  Seterusnya En. Mohamad bin Ishak menerajui persatuan ini dari tahun 2006 hingga Mac 2011.  Kini PIBG diterajui oleh En. Mohd. Rani bin Othman.

        PIBG mendapat dana daripada sumbangan tahunan daripada pelajar, hasil daripada program seperti Ceriathon, Fiesta Kota Damansara, sumbangan individu dan pihak-pihak tertentu.  Dana ini digunakan untuk pelbagai aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 

       PIBG banyak memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak sekolah dari pelbagai aspek.  Persatuan ini juga banyak menyalurkan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan juga kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini.

Antara sumbangan PIBG kepada pihak sekolah termasuklah :

 i.    Bayaran sagu hati kepada guru untuk  kelas-kelas bimbingan

ii.    Sumbangan kewangan untuk aktiviti bulan-bulan akademik sekolah

iii.   Sumbangan kewangan untuk jamuan guru-guru pada Hari Guru.

iv.   Sumbangan kewangan untuk majlis anjuran Majlis Pemimpin Pelajar

v.    Sumbangan kewangan untuk membeli alat-alat dan kelengkapan sukan

vi.   Pembinaan tembok pagar batu di sepanjang pagar hadapan sekolah.

vii.  Pemasangan atap di sepanjang koridor Anjung Semarak Minda

viii. Sumbangan untuk pelajar-pelajar miskin dan anak yatim


Sememangnya sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh PIBG sekolah ini  sangat dihargai oleh pihak sekolah.



CARTA ORGANISASI PIBG TAHUN 2013
 
<< sedang di kemaskini >>

SENARAI AJK PIBG 2004 - 2011
--------------------------------------------
 
 
AJK PIBG 2004
 
 
AJK PIBG 2008
 
 
 
AJK PIBG 2009
 
 
 
AJK PIBG 2010
 
 
AJK PIBG 2011


-------------------------------------------------

AKTIVITI PIBG 2009

FIESTA KOTA DAMANSARA 2009

Banner untuk mempromosikan fiesta Kota Damansara
 
Fiesta dimulakan dengan acara senamrobik

 acara senamrobik

  Persembahan kumpulan tarian sekolah

jemputan penyanyi
 
Persembahan dari penyanyi Akademi Fantasia

Persembahan dari penyanyi Akademi Fantasia

Jualan majalah dari kelab guru

 Aktiviti menangkap anak ikan


Pelbagai jualan pada hari fiesta
 
  Pelbagai jualan pada hari fiesta

  Jualan makanan dari murid-murid dan guru-guru pada hari fiesta

Jualan makanan dari murid-murid dan guru-guru pada hari fiesta

 YDP PIBG turut serta memberi sokongan pada hari fiesta

 Aktiviti ‘Flying fox’

  Acara menaiki helikopter

Permainan ‘motobike’


 

 

No comments:

Post a Comment

Kesabaran Adalah Ubat Terbaik daripada Segala Kesulitan